syafeerul: al-fatihah

assalamualaikum,

tanggal 8-November-2012 yang lalu, kira-kira jam 9.45 pagi, allahyarhamah Bedah Binti Mat menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

seminggu sebelumnya tok dikhabarkan rebah di rumah. jiran hanya sedar kira-kira jam 12 tengah hari. entah dari pukul berapa tok rebah tak siapa tahu. tangan kanan tok lebam. mungkin kerana menahan badan dan terlalu lama dalam keadaan terlangkup begitu. anak-anak tok datang dan bergilir menjaga tok. mama dan abah pulang ke kampung sebaik mendengar berita. esoknya pagi-pagi jumaat itu, aku bertolak pulang. keseorangan memandu. sesekali hati terdetik, alangkah indah kiranya aku berteman. tapi apakan daya jodoh tak sampai. puas mengelamun, petang itu aku sampai di rumah tok. keadaan masih sama. tok terlantar tanpa memberi balas. bacaan yassin diperdengarkan sanak saudara. yang menziarah tak putus-putus datang. tapi adabnya entah kemana. gembira tertawa dapat berjumpa sanak saudara yang bertahun tak jumpa. benar itu tak salah tapi kan ke elok dipanjangkan pertemuan itu di tempat lain. paling mudah di luar rumah.

Adab-adab menziarahi orang sakit

setelah beberapa hari keadaan tok masih tidak bertambah elok. asalnya masing-masing sudah berkata ajal tok dah dekat. tapi hari demi hari aku lihat tok bagai kesakitan. mana mereka tahu ajal tok dah dekat? itu kan kerja Allah. kita patutnya usaha untuk memperelok keadaan selagi terdaya. ini sekadar menunggu. menunggu ajal tiba. kalau sebulan? biarkan tok sebulan terlantar begitu? sedangkan mungkin tok boleh sembuh dan mungkin mati atas asbab yang lain. tak siapa tahu ajal itu bila. seharusnya kita usaha untuk memberi sihat selagi kita mampu. aku tak puas hati.

malam kedua aku di sana melihat tok sebegitu sungguh menyayat hati. mungkin kerana geram usaha yang hampir tiada itu bercampur adab ziarah yang tidak sempurna lidah ku berbaur kasar. sekadar diluah kepada abah tapi cukup rasanya memberi kesan. aku mempersoal apa sebenarnya yang sedang semua orang buat. duduk membaca yassin di sebelah tok. tapi tak tahu pun keadaan tok tu boleh sembuh atau tidak. dah la tak makan apa pun sejak dia terlantar hari tu. sekadar disuap air. itu pun belum tentu masuk kerana terlantar begitu. sekadar menunggu satu demi satu organ tok gagal berfungsi dan akhirnya pergi.

esoknya pagi-pagi abah keluar mencari doktor untuk dibawa pulang. tapi tak seorang pun mahu datang kerana medico-legal. kalaulah ada kawan doktor di sini kan bagus. tapi tiada di alor setar. mujur ada staff nurse yang bekerja di hospital sanggup meluang masa datang untuk melihat. mungkin bukan professional treatment tapi sekurangnya dapat memberi pendapat secara medical. keputusannya sama seperti yang dinyatakan doktor-doktor yang abah jumpa pagi tadi. bawa ke hospital kerana di rumah sudah tiada apa mampu dibuat. petang itu juga ambulans dipanggil. tok dimasukkan ke wad kecemasan red zone. aku di sana sepanjang masa. ischemic strok and dehydration. blood pressure tok sampai 226. sampai ke hospital jam 4 petang. pukul 9 baru dapat tahu condition tok sepenuhnya. soalan pertama doktor, kenapa lambat hantar ke hospital. pada masa itu 4 organ dalaman tok sudah mengalami masalah. puncanya mungkin satu sahaja. tok mengalami simptom awal strok. ada tompokan hitam sebelah kiri pada brain scan tok. mungkin disebabkan itu sebahagian anggota badan tok lumpuh tapi tidak sepenuhnya. air dan makanan yang disuap kepada tok tidak dapat sampai ke perut tok. fungsi tekak untuk menolak makanan ke perut tidak sempurna menyebabkan lebihan makanan dan air termasuk ke paru-paru. berdasarkan blood test yang telah dibuat, doktor mengesyakki ada jangkitan kuman di paru-paru tok. mungkin kerana dehydration yang melampau, buah pinggang tok juga mengalami jangkitan kuman. urinary system juga mengalami jangkitan kuman. rasanya kerana tok tak dapat kencing dalam keadaan terbaring sebegitu. sekadar keluar sedikit. setelah dibincang bersama keluarga, tok dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. yang pastinya doktor tak memberi harapan kerana dia rasakan tok sudah terlalu lemah. tapi sekurangnya dapat meringankan sakit tok. alhamdulillah setelah diwadkan keadaan tok tak lagi meronta atau kelihatan menderita. dia dapat tidur dengan tenang. selesai isu di hospital, aku pulang ke kl kembali bekerja.

khamis pagi, selepas exam, mama bagi tahu tok dah meninggal pukul 9.45 pagi. aku bergegas pulang.

di sijil kematian: “sepsis secondary to aspiration pneumonia”

infection pada paru-paru tok tak dapat diubati dan akhirnya ajal tok tiba. mama kata tok pergi dengan tenang. baguslah begitu. itu sahaja yang aku mahukan. tak perlu disiksa saat ajalnya tiba. biar sakit itu semata datang dari sakaratul maut yang mencabut nyawa.

tok, mungkin kita tidak serapat mana. bukan cucu kesayangan tok pun. balik sekadar menyambut raya. tapi kehadiran tok tetap kekal dalam memori. setiap kali cucu tok ni nak balik kl mesti tok nangis. tapi cucu tok ni relek je kan. ja sayang tok tapi tak pandai tunjuk. tok.. maafkan ja atas segala salah silap. semoga roh tok dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s